Rahsia tarikh lahir
Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir
Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada hari ini, 21
Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.
Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11 1 + 1 = 2
Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?
Maksud Nombor Tarikh Lahir
Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:
Nombor Tarikh Lahir: 1
Kekuatan:Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin,
memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki
kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan
menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua
perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap
kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan,
kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima
kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari
orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun
bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa
tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan
kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan
peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan
golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini
mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun
orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi
berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa
mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:Adi Putra, Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna
Nombor Tarikh Lahir: 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english –
“all-rounder”. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang
tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan
sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua
bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya
berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah
meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat
panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan
tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal.
Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata,
boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby
Nombor Tarikh Lahir: 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa
mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam
peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri
dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka
mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah
bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka
simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh
sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu
berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
Nombor Tarikh Lahir: 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko.
Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin.
Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa
focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang
yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan.
Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam
isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu.
Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears
Nombor Tarikh Lahir: 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor ’6? mengawal
harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi
mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor ’6? akan berjaya
dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini
akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil
berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka.
Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak
mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan.
Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver
Nombor Tarikh Lahir: 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu
perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah
menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih.
Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan
kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya.
Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah
menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang
tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah
seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda
tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda
boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson
Nombor Tarikh Lahir: 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang
terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan
sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah
penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar.
Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut.
Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan
ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa
tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak
tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak
membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak
berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda
Nombor Tarikh Lahir: 9
Kekuatan:Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka
nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini
tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus
dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain.
Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai
masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat
dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau
khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:Individu ini tidak mengambil berat orang
bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian
hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian.
Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk
memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat,
teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus
asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley
apa pun jangan terlalu percaya sangat dengan semua benda ini Miss tak tahu lah fakta ini boleh dipercayai atau pun tidak...fakta ini Miss hanya untuk suka-suki saja ok :)
5 tanda menunjukkan seseorang itu menyukai anda
assalamualaikum !!
nak tahu cam mana seseorang itu suka kat kita ?
ok Miss kasi tau korang ek...
Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam
mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda
yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang,
iaitu:
- Dia akan berpeluh- korang akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di
sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada
waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk.Tapi jika dia baru sahaja
lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula korang ingat dia suka korang
pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya
apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai korang.
- Senyum sorang-sorang- Setiap kali bila korang lalu dekat dengan dia je, korang akan perhatikan
yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali korang lalu je, nampak dia
tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia
tersenyum sorang-sorang.
- Sweet talker- Bila dia bercakap dengan korang, dia akan cakap perkara yang baik-baik
je. Korang pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang
Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis
sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.
- Jantung berdegup kencang- Jantung korang akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan
dia. Bukannya sebab korang nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan
satu aura yang membuatkan diri dalaman korang terasa getaran aura yang dia
pancarkan.
- Mudah berangan- Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan korang.Bila korang bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je
wajah korang.Bila korang tanya, tak menyahut. Korang lambai-lambai depan mata
dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul
menyukai korang sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri korang.
so itulah diantara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai kita. Si dia akan
berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet talker, jantung korang akan
berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan berangan bila bercakap
dengan kita.