5 tanda menunjukkan seseorang itu menyukai anda
assalamualaikum !!
nak tahu cam mana seseorang itu suka kat kita ?
ok Miss kasi tau korang ek...
Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam
mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda
yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang,
iaitu:
- Dia akan berpeluh- korang akan dapat melihat yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di
sekitar dahi dan tangan mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada
waktu itu suhu persekitaran adalah sejuk.Tapi jika dia baru sahaja
lepas bersukan dan berpeluh, jangan pula korang ingat dia suka korang
pula. Kita tengok juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya
apabila dia berpeluh tandanya dia menyukai korang.
- Senyum sorang-sorang- Setiap kali bila korang lalu dekat dengan dia je, korang akan perhatikan
yang dia senyum sorang-sorang. Setiap kali korang lalu je, nampak dia
tengah senyum. Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia
tersenyum sorang-sorang.
- Sweet talker- Bila dia bercakap dengan korang, dia akan cakap perkara yang baik-baik
je. Korang pun rasa selesa sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang
Melayu kata, orang macam ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis
sehingga jadi besar la punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.
- Jantung berdegup kencang- Jantung korang akan berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan
dia. Bukannya sebab korang nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan
satu aura yang membuatkan diri dalaman korang terasa getaran aura yang dia
pancarkan.
- Mudah berangan- Dan akhir sekali adalah, dia mudah berangan bila bercakap dengan korang.Bila korang bercakap je dengan dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je
wajah korang.Bila korang tanya, tak menyahut. Korang lambai-lambai depan mata
dia pun, tak berkelip. Itu tandanya yang dia memang betul-betul
menyukai korang sebab dia tengah berangan sesuatu tentang diri korang.
so itulah diantara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menyukai kita. Si dia akan
berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet talker, jantung korang akan
berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan berangan bila bercakap
dengan kita.